MENGENAI KAMI
Butik Pengantin Nurin menyediakan pakej perkahwinan kepada bakal pengantin yang mempunyai bajet terhad tetapi berusaha gigih tampil anggun dan bergaya di hari bahagia. Memandangkan kos kehidupan semakin meningkat, maka kos melaksanakan majlis pekahwinan pun semakin meningkat dan melambung tinggi. Oleh itu kami akan membantu anda dalam merialisasikan hari yang bersejarah anda. Kami menyediakan pakej bertunang, pakej perkahwinan daripada pakej ekslusif hingga pakej bajet. Dalam pengalaman kami dalam bidang ini,, InShaAllah kami dapat merialisasikan impian pasangan di bawah perkhidmatan kami.
KOLEKSI PAKAIAN PENGANTIN
Butik Pengantin Nurin menyediakan koleksi pakaian pengantin yang terkini, iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakaian pengantin terdiri daripada Sifon, Lace, Gown, Coat dan lain-lain. Pengantin juga boleh memilih rekaan sendiri dan butik kami akan menyediakan pakaian pengantin mengikut design yang diingini.
KOLEKSI PELAMIN
Kami menyediakan pelamin berkonsepkan simple dan moden. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin mini, pelamin rumah dan pelamin dewan sama ada ekslusif, ekonomi dan bajet. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, menggunakan artificial flower dan fresh flower.
KHIDMAT NASIHAT
Butik Pengantin Nurin akan memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan kami. Kami akan mencadangkan pemilihan hiasan pelamin, baju pengantin, mengikut tema dan wrna yang dikehendaki. Kami juga akan memberikan khidmat nasihat meliputi perjalanan majlis dan lain-lain keperluan.